STATUS:
Hidup bagaikan corak di atas lukisan yang dilakar oleh pemilik diri .
YH blogger ♥♥: Semakin tua.

7 Mei 2015

Semakin tua.

Assalamualaikum?

Hari ini aku bukan nak cakap pasal boyfriend, bukan pasal keluarga dan bukan pasal kawan. Dunia semakin tua, Kalau kita ikut perkembangan isu negara, tak tahu nak cakap apa. Nengok kiri, nengok kanan dunia masih aman tapi bila kita nengok terus kehadapan. Apa nak jadi dah dengan Malaysia ni apa nakjadi dah dengan bangsa melayu ni dan apa nak jadi dah dengan agama ni. Adakah mungkin sebab akhir zaman ? Kalau nak cakap pasal Dunia, Agama dan Bangsa. Aku memang tak begitu pandai. Nope, memang aq tak pandai. Tapi bila kita pandang terus kehadapan , rasa risau dengan semuanya. Mungkin sekarang dunia keseronokkan bagi kita. Hanya fikir nak enjoy, nak ada boyfriend, nak ada duit banyak, nak ada nama, nak orang pandang kita bagus.Itu semua nafsu dunia wei. Tapi kalau ikutkan kata hati yang kecil ni, aku nak syurga, aq nak hidup aman dengan hati yang tenang.

Soalan demi soalan bermain difikiran. Aku bukan orang baik, aku bukan orang yang beharta , aku bukan orang yang tinggi ilmu agama. Aku hanya sekadar ada basic hidup.

Kadang-kadang aku suka nengok orang, dan aku tafsir tapi aku pun jahil dengan semua perkara. Bila aku nengok orang aku mula mencerminkan diri aku sendiri. Hati memang rasa nak sangat berubah tapi berat rasa, dan bila kita enjoy kita lupa semua perkara. Kita hanya terus mengejar dunia, Memang tak salah untuk kita fikir untuk hidup didunia ni tapi yang salahnya kita sampai terlupa akan akhirat. Nak cakap pasal amal ? malu untuk dibincangkan.

Aku bukan orang yang tinggi agama dan aku tak berani untuk menyuarakan tentang agama kerana aku juga masih jahil dengan ilmu agama, Memang aku ada basic agama. Tapi itu belum cukup untuk aku menyuarakan. Aku takut, rasa takut ni ada bila fikirkan akhir zaman. Cuma satu jek. bila kita nak berubah kita tak perlu menghebohkan untuk orang tahu. Biarlah ia rahsia kita dengan Allah. Niat kerana Allah bukan kerana untuk orang pandang kita  orang yang baik-baik. Salam.



#LUAHANHATIYANGTERPENDAMAKUMANUSIAYANGJAHIL.
SEKIAN TERIMA KASIH SUDI MENZIARAHI (:

Tiada ulasan: