STATUS:
Hidup bagaikan corak di atas lukisan yang dilakar oleh pemilik diri .
YH blogger ♥♥

16 Mac 2019

KENANGAN ATUK.

Assalamualaikum, now umur aku dah cecah 23 tahun. Sekejap je masa dah berlalu. Rasa macam baru je lalui zaman kecik dengan Arwah atuk. Sekejap je masa berlalu dengan pemergian atuk. Nak cerita sejarah dengan atuk. Dulu masa kecik paling rapat dengan atuk. Masa tadika selalunya bekas makcik aq akan hantar aku dengan anak dia pergi tadika kemas. Tompang dia, balik rumah. Lagi pon satu jalan rumah aku sebelah kedai makan atuk, makcik aku duduk rumah atuk. Tiba satu haritu mcm biasa aku balik tompang lah makcik aku naik motor. Lepas tu dia boleh marah aku dekat situ, dia cakap dengan anak dia tak bagitahu aku ke yang dia taknak hantar aku balik lagi sebab dia tak suka ibu. Dia cakap ibu cari gaduh dengan dia, anak dia pun cakap dah cakap dah. Aku punya tekejut bila masa budak ni bagitahu aku. Tapi masa tu aku dah naik motor dia, dia tak halau aku lagi sebab dekat depan orang ramaikan. Jalan depan siket dia halau aku turun daripada motor dia. Dia suruh aku jalan kaki balik sendiri. Aku pun balik lah sendiri. Tiba dekat kedai atuk tanya, aku pun cerita lah dia cakap ibu macam-macam. Atuk pujuk aku, tenangkan aku. Mula daripada tu, atuk amik aku. Balik je mesti dia akan hidangkan makanan, dia buatkan air. Sampai dia tuangkan dekat piring cawan tu sebab panaskan. Bukan setakat tuang, dia tiupkan sekali. Dah betul-betul sejuk baru dia akan bagi aku minum. Punya sayangnya dia dekat cucu-cucu dia. Bukan aku sorang jelah semua cucu dia layan macam tu cuma aku banyak masa dengan dia sebab rumah aku sebelah kedai dia. Aku tak ada kawan, kawan aku atuk jelah. abang-abang aku main lasak-lasak. Masa tu aku ni lembut je orangnya. Lagi-lagi arwah atuk layan aku macam princess. Ibu layankan aku betul-betul anak perempuan. Designkan baju kembang-kembang. Siap tempah. Atuk ajar aku banyak benda. Pengorbanan dia banyak sangat. Masa tu, ibu ayah sibuk bekerja. Jadi atuk lah ibu, atuk lah ayah masa tu. Petang-petang atuk akan bagi burung dia makan. Aku akan tolong atuk, duduk sebelah dia nengok dia bagi burung makan. Dia akan tangkap burung dekat depan kedai dia. Dia sangat suka burung, Itulah permainan aku waktu kecik. Atuk juga handal latih kucing buru burung. Dia akan latih kucing tu lompat tinggi. Memang jadi. Aku respect gila dengan atuk. Walaupon dia Buka kedai makan sahaja tapi dia pandai repair barang-barang eletronik, motor. Semua benda lah. My super hero. Tak ada orang boleh gantikan tempat dia kat hati aku. Tak akan pernah ada. Dia satu-satunya. Ingat lagi, masa dekat rumah, abang-abang aku buli aku. Aku menjerit panggil atuk. Sekejap je atuk datang bawak besi belari diaorang selamatkan diri. Sebab tu aku manja dengan dia dulu. Abang-abang aku nak air milo, tolak aku suruh minta dekat atuk. Akulah jadi orang tengah. Dapat je air milo masing-masing berebut amik air aku. Atuk jugalah yang ajar aku makan telur separuh masak dengan kicap, sedap sangat. Baru aku pandai makan. Aku kalau makanan sangat memilih. Atuk selalu marah suruh aku makan. Tapi aku memilih dalam memakan. Bila dah besar siket masuk sekolah rendah, atuk hantar aku, amik aku. Setengah jam sebelum dia akan datang tunggu aku. Naik je motor dengan dia, dia akan cakap, pelok kuat-kuat, peluk sampai penuh. Aku pon berusahalah nak penuhkan peluk atuk. Sampai senget benget aku dekat belakang. Padahal dia bawak motor sangat berhati-hati. Langgar bonggol pon tak rasa tau. Ada satu haritu, dia terlambat amik aku dia nengok aku takde muncul, ramai yang dah balik, dia pegi balik daripada sekolah - rumah. Takut aku kene culik / balik jalan kaki. Mula daripada tu, dia tak pernah lambat amik aku. Bila dah darja 5, waktu sekolah rendah, atuk pergi survey basikal untuk aku. Atuk kompul duit dia. Atuk bayarkan basikal aku. Bila tu, dia ajak ayah pergi amik basikal. Basikal ada speed kot. HAHA. pergilah sekolah naik basikal. Dia mula ajar aku berdikari. Cecah umur aku darjah 6 dia ajar aku naik motor, tak pernah jemu ajar aku, tak pernah give up. Bepusing-pusing dia nak ajar. Aku dekat depan dia dekat belakang pegang handle motor, ajar aku control and ajar masuk gear. Lepas tu, dia lepaskan tangan dia duduk belakan, dia suruh aku handle sendiri. Finally baru dia lepaskan aku sorang bawak motor dan aku berjaya !!!!! Bila ibu cucuk aku depan atuk, atuk akan back up, dia akan cakap "kan cucu atuk ni" aku sengih je. Masa aku part 4 dekat UITM, aku dapat tahu atuk dah zone merah. weh, tak tenang aku dekat situ. Aku call ibu, ayah. Aku nak balik nak nengo atuk. Ibu cakap kalau balik pun atuk xsedarkan diri, doktor bagi ubat untuk atuk rehat. Ibu cakap esok pagi along datang amik. Tak senang duduk aku. Taufiq jelah tahu macam mana huru hara aku dekat situ. Menangis-nangis aku. Aku cakap aku tak ready, masa tu aku nak final dah. Alhamdulillah atuk selamat daripada zone merah, Aku dapat buat final aku dengan tenang. Selesai daripada final balik nak sambut birthday ayah tapi waktu atuk masuk ward, demam-demam aku. Selesai daripada final, aku dah mula cuti sem. pergi balik ziarah atuk. Daripada badan atuk berisi, sihat boleh bercakap, sampai badan atuk kecut, kecik, tebaring je. Kesian nengok atuk. Atok nak balik rumah, sebab atuk da lama dekat sana. Masa dah buat keputusan nak bawak atuk balik, Abang, Angah cuk shidah belajar uruskan atuk. Dorang pakaikan atuk pampers, cuci atuk berak. Kali terakhir aku dapat teman atuk. Beberapa jam kita orang balik. Atuk dah pergi tinggalkan kitaorang. Terima kasih atuk bagi niey kenangan indah dengan atuk. Terima kasih, sebab ajar niey untuk nilai kasih sayang,untuk tidak mementingkan diri, untuk berfikir kedepan, walaupun orang kampung tapi atuk sangat style. Atuk punya minda, pemikiran sangat kedepan cuma atuk tak dapat peluang. Walaupun atuk dah takde tapi atuk tetap wujud dalam hati niey. Takpernah tepadam.
SEKIAN TERIMA KASIH SUDI MENZIARAHI (: