STATUS:
Hidup bagaikan corak di atas lukisan yang dilakar oleh pemilik diri .
YH blogger ♥♥: Catatan pertama 2018

18 Nov 2018

Catatan pertama 2018

ASALAMUALAIKUM. Lama gila tak menaip. Okay hari ini kita bercerita tentang ? Pegangang. Semua orang ada pegangan tersendiri. Pegangan agama, pegangan prinsip hidup, pegangan merangka masa depan. Kalau hidup tak ada pegangan tak ada jati diri namanya. Hanya mengikut arus tanpa hala tuju. Biar hidup ada pegangan tapi jangan sombong dengan teguran. Bila kita menjalanlan kehidupan kita mendapat pelbagai dugaan adakalanya yang tak mampu di akal. Tapi hanya dengan pegangan semuanya akan dipermudahkan dengan tersenyum kita berjalan di atas kaca-kaca yang mampu mencederakan tapak kaki. Semua manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tidak semua orang dapat menerima kelebihan diri dan tak semua orang tidak menghargai kekurangan diri. Perbaiki diri untuk kehidupan kita. Jangan jadikan diri hanya untuk mendapatkan pujian semata. Bercerita indah hanya melalui angin hanya semata untuk di pandang mulia ,Bila di gempuh dengan sebutir jarum di jari melarikan diri dengan mencari alasan melindungi diri. Tidak ada yang indah di dunia melainkan menjadikan hari dengan kebaikan dengan keikhlasan hati untuk semua aspek. Kebaikan dan kejahatan pda diri adalah pilihan diri kita sendiri. Macam mana kita nak mengawal diri daripada bintik hitam di hati ? Macam mana kita nak bergerak tanpa menghitung balasan atas setiap hulur bantuan pada mereka yang memerlukan ? Jangan kaburkan mata dan hati dengan kelakuan orang lain dan memandang diri sentiasa baik dengan orang. Muhasabah lah diri dan binalah pegangan yang menjadikan diri kita beharga bukan di mata orang tapi diri sendiri. Hargailah diri jangan binasakan diri sendiri atas kelakuan diri sendiri. Percayalah Allah itu Maha Adil. Jangan mengharapkan balasan semata-mata. Tidak perlu menghitung kerana Allah itu MAHA ADIL.
SEKIAN TERIMA KASIH SUDI MENZIARAHI (:

Tiada ulasan: